Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah tanah dan di dalam gua.
Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia. Jika anda ada senarai tasik bawah tanah yang lagi cantik,
1 - Tasik bawah tanah di Gua Mellisani
Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.
2 - Tasik bawah tanah di Cheddar George
Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.
3 - Tasik bawah tanah di Hamilton Pool
Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.
4 - Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave
Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.
5 - Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia
Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.
0 comments:
Post a Comment