Thursday, 5 December 2013

32 Rahsia Israel Yang Tidak Didedahkan



1. Tahukah anda bahwa selain orang yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel ?

2. Tahukah anda bahawa setiap orang yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah airnya sendiri sejak berpuluh abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara orang yahudi dan non yahudi?

4. Tahukah anda bahwa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel?



5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk orang yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel ? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahwa Amerika memperuntukkan 5 bilion US $ dari penghasilan pajaknya setiap tahun untuk menyumbang Israel ?

7. Tahukah anda bahwa Amerika terus memberikan bantuan military kepada Israel sebesar 1,8 bilion US $ setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 bilion US $ dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk? Dan karana Amerika merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin keselamatannya.

9. Tahukah anda bahwa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan?Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahwa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, mereka sudah memiliki pusat pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Departmen Perang mengakui secara terang-terangan bahawa militari Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan  terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahwa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi  PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti  yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?


16. Tahukah anda bahawa kementerian Luar Israel membayar 6  media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

17. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gurion bersepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh orang arab dari Israel ?

18. Tahukah anda bahwa pelarian Palestin terbesar di dunia?


19. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memimpin?

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment