1. Bagi sesetengah blogger, ada yang suka letak iklan kat blog mereka. Termasuklah aku.
2. Kadang-kadang, iklan mereka merata-rata kat dalam blog mereka. Kat atas, kat bawah, kat tepi, kat dalam artikel, kat dalam komen, kat page 404 dan macam-macam lagi letak.
3. Tapi sedarkah mereka jika mereka berbuat demikian, makin ramai orang akan menyampah dengan blog mereka? Kalau isi kandungan dalam blog mereka menarik dan orang suka baca, itu lain ceritanya. Tapi kalau isinya cumalah copy dan paste dari surat khabar online dan cedukan dari artikel orang lain. Aku rasa orang dah susah nak lepak kat blog korang tu. Kalau awal dulu, nampak kemas dan banyak informasi berguna dalam blog korang, tapi sejak letak iklan merata tempat ni, aku rasa ramai yang rasa nak muntah tengok blog korang tu. Aku tahu income blog mereka tinggi sebab trafik masuk bukan dari direct visitor, tapi dari jus SEO yang korang buat. Tapi aku tetap rasa menyampah gak. Orang puteh kata agak annoying.
4. Kalau iklan yang guna code html, boleh terima lagi. Ringan. Tapi kalau dah masuk iframe dan javascript dan iklan tu lebih dari 3 bijik, besar-besar gajah pula tu, aku rasa macam dah lagi berat daripada aku angkat dumble 30 kg setiap hari.
5. Ada blogger memang suka letak merata iklan kat blog mereka. Ada orang suka letak 1-2 aje. Itupun yang paling mendatangkan banyak income sahaja atau yang betul-betul terpilih dan sesuai dengan blog mereka.
6. Bukan tak boleh letak iklan. Boleh. Cuma biarlah berpada-pada.
7. Nak letak banyak mana pun tak apa. Aku tahu itu hak korang. Tapi kalau korang bising tak dapat komen, tak dapat trafik, orang benci blog korang, orang kata korang bangang. Jangan bising plak dalam blog sampai tulis artikel kenapa blog korang tak dapat komen. Itu bengong namanya.
8. Itu belum campur iklan facebook yang paksa like-like tu. Paling celaka, sampai 9999 saat. Celah mana aku nak tunggu, kan?
0 comments:
Post a Comment